Khamis, 23 Jun 2022

MINGGU 14

 RABU, 15 JUN 2022, JAM 3 PETANG

Pada minggu ini, kami Kelab Persatuan Mesra Alam kumpulan F menghadiri majlis penutupan dan penyampaian hadiah bertempat di makmal sains JMSK. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan aluan daripada pensyarah penasihat. Seterusnya, majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah. Hadiah hanya diberikan kepada pemenang tempat pertama sahaja bagi setiap kategori iaitu, kategori logo paling menarik, blog paling menarik, drama pendek paling kreatif dan mini projek. Kumpulan kami berasa bersyukur kerana telah memenangi kategori blog paling menarik. Disamping itu, setiap pelajar kelab ini diberikan hadiah saguhati oleh penganjur kelab. Akhir sekali, kami melakukan sesi penggambaran sebagai kenang kenangan untuk aktiviti Kelab Persatuan Mesra Alam pada sesi ini. 









Selasa, 14 Jun 2022

MINGGU 12

 RABU, 1 JUN 2022, JAM 3 PETANG

Pda minggu ini kami, Kelab Persatuan Mesra Alam kumpulan F membuat pembentangan mini projek bagi setiap kumpulan. Setiap kumpulan membentangkan hasil projek kumpulan masing-masing. Ia dimulakan dengan pengenalan ahli kumpulan, penenarangan poster, mengenalkan produk dan menujukkan demo serta mengemukan kesimpulan bagi hasil projek tersebut. Di samping itu, pengsyarah penasihat kelab memberikan komen dan pandangan kepada hasil pembentangan projek setiap kumpulan. Akhir sekali, setiap kumpulan di ambil beberapa kepingan gambar sebagai bukti pembentangan hasil mini projek. Berikut juga kami sertakan beberapa keping gambar kumpulan serta gambar hasil mini projek.














Rabu, 25 Mei 2022

Minggu 11

Rabu , 25/5/2022 , Jam 3:00 petang 

Nama Ahli Kumpulan :

1. Nor Aisya' Nabilah Binti Anwar

2. Nur Iman Aida Binti Abu Saman 

3. Asmaul Husna Binti Syamsuddin

4. Nor Elisya Farhana Binti Faizal 

5. Suliana Binti Omar 


Pada hari ini , kami akan menyambung aktiviti menyiapkan mini projek . Nama projek kami ialah bekas menyimpan alat solek . 

Bahan-bahan yang diperlukan untuk penghasilan projek ialah :

1. Enam biji botol yang telah di potong separuh setengah dan telah diwarnakan menggunakan warna air.

       


2. Kotak



3. Beberapa helai kertas warna 


4. Gam panas 



Pertama sekali , kami mencantumkan keenam-enam botol tersebut menggunakan gam panas . Seterusnya , kotak dilekatkan pada cantuman botol-botol tersebut seperti gambar rajah di bawah .

                      

Untuk penghasilan poster pulaa , kami telah menghasilkan sebuah poster mengenai mini projek kami . 


  


                     













Rabu, 18 Mei 2022

MINGGU 8

 RABU, 29/4/2022, JAM 3:00 PETANG

Pada minggu ini, kami ahli persatuan kelab mesra alam berikan tugasan oleh Puan Saadah bagi melakukan sebuah video drama pendek berdurasi tidak melebihi 7 minit dan perlulah bertemakan kempen alam sekitar. Kami kumpulan 4, melakukan drama pendek yang bertajuk pengurangan penggunaan beg plastik, masing- masing diberikan tugasan bagi memainkan watak lakonan masing masing. Berikut adalah link hasil video drama pendek kami. https://youtu.be/6MwIshQ32tc

MINGGU 10

 RABU, 18/5/2022, JAM 3:00 PETANG

Nama ahli kumpulan 4 :

Asmaul Husna binti Syamsuddin

Nur Iman Aida binti Abu Saman

Nor Aisya' Nabilah binti Anwar

Suliana binti Omar

Nor Elisya Farhana binti Faizal


Pada minggu ini, kami dari kumpulan 4 melakukan pembincangan tentang penghasilan mini projek. Pertama sekali, kami memilih untuk membuat bekas untuk meletak peralatan solek. Antara bahan-bahan yang digunakan ialah kotak, botol air, kertas dan "water colour". Fungsinya adalah menjimatkan ruang, peralatan solek lebih teratur, dan memudahkan kerja harian. Gambar rajah menunjukkan lakaran dan gambar mini projek.



LAKARAN PROJEK

                                       



GAMBAR PROJEK

MINGGU 9

 RABU,11/5/2022 ,JAM 3:00 PETANG

Pensyarah yang bertugas untuk kelab mesra alam sekitar kumpulan F iaitu Puan Nor Saadah Binti Mohammad Sowi memberi penerangan mengenai mini projek yang perlu dihasilkan oleh para pelajar dari kelab tersebut.Ahli kumpulan mula membuat perbincangan selepas  tamat perjumpaan secara atas talian di Microsoft Teams.Kami mebincangkan  mengenai mini projek yang perlu dihasilkan menggunakan bahan bahan kitar semula supaya mini projek yang dihasilkan dapat memelihara berbanding mencemarkan alam sekitar.
 

Rabu, 20 April 2022

MINGGU 7

 RABU ;20.4.2022 3.00PM


"Allah menciptakan langit dan bumi dengan cara yang hak.sesungguhnya yang demikian itu mengandungi satu tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah ) bagi orang yang beriman.


(al-ankabut;44)


Daripada dalil ini dapat menerangkan bahawa Allah menciptakan langit dan bumi untuk setiap umat manusia.(sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda akan menunjukkan kekuasaan Allah SWT bagi orang-orang disebutkan secara khusus kerana hanya mereka sahajalah yang mengambil manfaat dari hal tersebut untuk memperkuat keimanannya berbeda dengan orang-orang kafir)





kita sebagai umat manusia yang diberi nikmat haruslah menjaga persekitaran atau alam sekitar dengan sebaik mungkin daripada tercemar. Hal ini demikian kerana menjaga alam sekitar merupakan hal yang wajib untuk setiap umat lakukan.seperti makna dalam ayat al-quran "janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi stelah Allah S.W.T menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya,dan berdoalah kepada-Nya dengan perasaan bimbang,(kalau-kalau tidak diterima).Sesungguhnya rahmat Allah SWT itu dekat kepada orang-orang yang berbuat kebajikan."

(al-araf;56)





Kesimpulannya,dengan adanya bumi yang diciptakan oleh Allah SWT kepada manusia penjagaan alam sekitar itu merupakan tuntutan wajib dalam islam.Cuba kita fikirkan adakah kita mampu untuk hidup tanpa alam sekitar seperti pokok,sungai dan lautan,pastinya tidak.Kerana hidup kita bergantung pada fungsi-fungsi alam sekitar ini.Manusia perlulah membuang buah pemikiran memandang enteng tentang kebersihan alam sekitar.









MINGGU 14

 RABU, 15 JUN 2022, JAM 3 PETANG Pada minggu ini, kami Kelab Persatuan Mesra Alam kumpulan F menghadiri majlis penutupan dan penyampaian had...